Jumaat, 21 Ogos 2009

Bingkisan Fadilat Ramadhan

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Abu Hurairah ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak; doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu, sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada suatu masa nanti." Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas mereka yang memakan sahur." Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat, tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."


Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini." Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam

Khamis, 20 Ogos 2009

KAWAN

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang benar benar sibuk
Dengan urusan memperbaiki diri nya

Yang benar benar sibuk

Untuk mengubah sikapnya

Untuk kembali kepada Zat yang sempurna
Yang ada kini hanyalah
Sibuk dengan urusan mengumpul harta dunia
Walau di ketahui dunia ini hanya sementara

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang bergelumang dengan majlis ilmu menafaat
Yang sanggup bersusah payah dan berpenatlelah
Yang sanggup menghabiskan masa, tenaga, umur dan harta
Dalam mengejar dan memahami ilmu menafaat
Yang ada kini hanya lah
Berbangga dengan harta yang menimbun
Tapi jiwanya masih kosong belaka

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Ahli professional yang bertaqwa
Yang benar-benar melekat iman di jiwanya
Mengunakan profession nya menuju cita cita di akhirat sana
Yang ada kini hanyalah

Ahli professional yang lalai dan leka
Yang hidup nya lebih barat dari barat
Iman dan amal soleh terasa amat berat baginya

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Bersifat silaturrahim semata mata kerana Allah
Saling berhubungan dan bertanya khabar semata mata kerana Allah
Yang ada kini hanyalah
Sikap pura pura untuk menyenangkan hati sendiri
Bersahabat untuk mendapat habuan dan kepentingan diri

Kawan di akhir zaman ini
Payah untuk kita ketemui
Yang suka berbincang tentang usaha untuk mengurus diri sendiri
Yang menghidupkan dan mengamalkan ilmu yang dipelajari

Untuk kepentingan masyarakat Islam sendiri

Yang mensyiarkan Islam pada diri mereka
Yang ada kini hanyalah
Yang suka berbincang tentang usaha untuk menambahkan harta dunia
Yang menghidupkan budaya barat
Sehingga melupakan kehidupan akhirat yang lebih kekal

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan majlis majlis Al Quran tempat pertemuan
Yang menjadikan majlis majlis Agama tempat berkenalan
Yang ada kini hanyalah
Yang menjadikan kompleks membeli belah tempat membuang masa dan umur
Yang menjadikan disko dan pesta hiburan sebagai tempat berhibur

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang menjadikan Al Quran sebagai hiburan
Menjadikan zikir dan selawat sebagai ucapan kelaziman
Yang ada kini hanyalah
Artis di jadikan bahan pujaan
Nyanyian melalaikan di jadikan hiburan
Dianggap moden dan berketerampilan

Kawan di akhir zaman ini
Susah untuk kita ketemui
Yang sentiasa merasai mati itu sangat hampir
Yang sentiasa merasai jelingan Izrail
Yang bersungguh sungguh memperbaiki iman dan amal sebelum kematian
Yang bersungguh sungguh memperbaiki sikap sendiri untuk masa depan diakhirat
Yang ada kini hanyalah
Yang panjang angan-angannya
Yang sibuk mengumpul dunia kerja seharian
Seolah olah kematian itu masih jauh
Seolah olah alam barzakh itu tidak akan ditempuh

Selasa, 11 Ogos 2009

LAWATAN KE KL

Assalamualaikum buat sekalian pembaca...
hukhuk, penatnya...
mengemas...td ad taklimat..
untuk lwatan bs0k..
tp sy rse xsedap hatilah...
gelisah, resah..........knp ek?
+ xde m0od semacam je ni..
pdahal rmai yg tengah sy0k,
exited,enj0y nk p lawatan ke KL 2..
ye la, bleh release tnti0n jap dgn smua krja2 yg brlambak2 + brtimbun2 ni..
bleh mkan angin n brcuti...
meskipun ada tugasan yg mnanti..
kmi smua akn brkunjung ke Blai Seni Lukis Negara,
untuk tg0k karya2 arca serta catan2 yg ad kat sne..
slain 2 ke Pusat Kraftangan, n mcm2 lg la sbgaimana trmaktub lam tentatif..
smuanya untuk pr0jek seni..
lawatan smbil blajar la ktakan..
but, h0w about me?
knp (-_-) xbersemangat je???
ayuh zihan, get ur spirit dear!!
....................................................
sbenarnya, sy mmgla tringin sgt nk p smua tempat2 2..
sbb tak prnah jejakkan lg kaki yg kecik ni kt sne...
never,....emm mmg k0lot kn? hehek..
this will b the 1st time 4 me..
sptutnya sy girang gumbira la.........
ni x,,,,i feel empty....i d0nt kn0w y...
d0 anyone have the answer?
please tell me...
uhhuk........... =(
ya ALLAH, ya Tuhanku...
bimbinglah hambaMu ini...
ku brm0hon, ku berharap
hanyalah pdamu Yg Satu..
rawatlah jiwaku dgn kkuasaanMU...
brikan aku steguk pnawar, pndamai hati..
agar ku bisa tenang...
m0ga selamat pergi, selamat kembali..
insyaALLAH...
amin...............

Ahad, 9 Ogos 2009

TAHUKAH ANDA??

Tahukah anda semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT.

Beliau sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya :

Dalam sehari ada 24 jam?
Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk.
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat

Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka didunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.""

Semoga kita tergolong dalam org-org yang diredhai Allah... Insya Allah..

JALAN KUPILIH

Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku
di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

WARKAH UNTUK HAWA

Beritahu pada muslimah itu
dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu
jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu
simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Jumaat, 7 Ogos 2009

MISCONCEPTIONS ABOUT ISLAM =(

MISCONCEPTION #1:
Muslims are violent, terrorists and/or extremists.

This is the biggest misconception in Islam, no doubt resulting from the constant stereotyping and bashing the media gives Islam. When a gunman attacks a mosque in the name of Judaism, a Catholic IRA guerrilla sets off a bomb in an urban area, or Serbian Orthodox militiamen rape and kill innocent Muslim civilians, these acts are not used to stereotype an entire faith. Never are these acts attributed to the religion of the perpetrators. Yet how many times have we heard the words ‘Islamic, Muslim fundamentalist. etc.’ linked with violence.

Politics in so called “Muslim countries” may or may not have any Islamic basis. Often dictators and politicians will use the name of Islam for their own purposes. One should remember to go to the source of Islam and separate what the true religion of Islam says from what is portrayed in the media. Islam literally means ‘submission to God’ and is derived from a root word meaning ‘peace’.

Islam may seem exotic or even extreme in the modern world. Perhaps this is because religion doesn’t dominate everyday life in the West, whereas Islam is considered a ‘way of life’ for Muslims and they make no division between secular and sacred in their lives. Like Christianity, Islam permits fighting in self-defense, in defense of religion, or on the part of those who have been expelled forcibly from their homes. It lays down strict rules of combat which include prohibitions against harming civilians and against destroying crops, trees and livestock.
NOWHERE DOES ISLAM ENJOIN THE KILLING OF INNOCENTS.. The Quran says:
“Fight in the cause of God against those who fight you, but do not transgress limits. God does not love transgressors.” (Quran 2:190) “If they seek peace, then seek you peace. And trust in God for He is the One that heareth and knoweth all things.” (Quran 8:61) War, therefore, is the last resort, and is subject to the rigorous conditions laid down by the sacred law. The term ‘jihad’ literally means ‘struggle’. Muslims believe that there are two kinds of jihad. The other ‘jihad’ is the inner struggle of the soul which everyone wages against egotistic desires for the sake of attaining inner peace.

MISCONCEPTION #2:
Islam oppresses women.

The image of the typical Muslim woman wearing the veil and forced to stay home and forbidden to drive is all too common in most peoples thoughts. Although some Muslim countries may have laws that oppress women, this should not be seen as coming from Islam. Many of these countries do not rule by any kind of Shari’ah (Islamic law) and introduce their own cultural standpoints on the issue of gender equity.

Islam on the other hand gives men and women different roles and equity between the two is laid down in the Quran and the example of the Prophet (peace be upon him). Islam sees a woman, whether single or married, as an individual in her own right, with the right to own and dispose of her property and earnings. A marriage gift is given by the groom to the bride for her own personal use, and she keeps her own family name rather than taking her husband’s. Both men and women are expected to dress in a way that is modest and dignified. The Messenger of God (peace be upon him) said: “The most perfect in faith amongst believers is he who is best in manner and kindest to his wife.”

Violence of any kind towards women and forcing them against their will for anything is not allowed. A Muslim marriage is a simple, legal agreement in which either partner is free to include conditions. Marriage customs thus vary widely from country to country. Divorce is not common, although it is acceptable as a last resort. According to Islam, a Muslim girl cannot be forced to marry against her will: her parents simply suggest young men they think may be suitable.

MISCONCEPTION #3:
Muslims worship a different God.

Allah is simply the Arabic word for God. Allah for Muslims is the greatest and most inclusive of the Names of God, it is an Arabic word of rich meaning, denoting the one and only God and ascribing no partners to Him. It is exactly the same word which the Jews, in Hebrew, use for God (eloh), the word which Jesus Christ used in Aramaic when he prayed to God. God has an identical name in Judaism, Christianity, and Islam; Allah is the same God worshiped by Muslims, Christians and Jews. Muslims believe that Allah’s sovereignty is to be acknowledged in worship and in the pledge to obey His teaching and commandments, conveyed through His messengers and prophets who were sent at various times and in many places throughout history. However, it should be noted that God in Islam is One and Only. He, the Exalted, does not get tired, does not have a son ie Jesus or have associates, nor does He have human-like attributions as found in other faiths.

MISCONCEPTION #4:
Islam was spread by the sword and intolerant of other faiths.

Many social studies textbooks for students show the image of an Arab horseman carrying a sword in one hand and the Quran in the other conquering and forcibly converting. This, though, is not a correct portrayal of history. Islam has always given respect and freedom of religion to all faiths. The Quran says: “God forbids you not, with regards to those who fight you not for [your] faith nor drive you out of your homes, from dealing kindly and justly with them; for God loveth those who are just. 60:8)

Freedom of religion is laid down in the Quran itself: “There is no compulsion (or coercion) in the religion (Islam). The right direction is distinctly clear from error”. (2:256) Christian missionary, T.W. Arnold had this opinion on his study of the question of the spread of Islam: “.. of any organized attempt to force the acceptance of Islam on the non-Muslim population, or of any systematic persecution intended to stamp out the Christian religion, we hear nothing. Had the caliphs chosen to adopt either course of action, they might have swept away Christianity as easily as Ferdinand and Isabella drove Islam out of Spain, or Louis XIV made Protestanism …”

It is a function of Islamic law to protect the privileged status of minorities, and this is why non-Muslim places of worship have flourished all over the Islamic world. History provides many examples of Muslim tolerance towards other faiths: when the caliph Omar entered Jerusalem in the year 634, Islam granted freedom of worship to all religious communities in the city. Proclaiming to the inhabitants that their lives, and property were safe, and that their places of worship would never be taken from them, he asked the Christian patriarch Sophronius to accompany him on a visit to all the holy places. Islamic law also permits non-Muslim minorities to set up their own courts, which implement family laws drawn up by the minorities themselves. The life and property of all citizens in an Islamic state are considered sacred whether the person is Muslim or not.

Racism is not a part of Islam, the Quran speaks only of human equality and how all peoples are equal in the sight of God. “O mankind! We created you from a single soul, male and female, and made you into nations and tribes, so that you may come to know one another. Truly, the most honored of you in God’s sight is the greatest of you in piety. God is All-Knowing, All- Aware. (49:13)

MISCONCEPTION #5:
All Muslims are Arabs

The Muslim population of the world is around 1.2 billion. 1 out of 5 people in the world is a Muslim. They are a vast range of races, nationalities, and cultures from around the globe—from the Phillipines to Nigeria—they are united by their common Islamic faith.

Only about 18% live in the Arab world and the largest Muslim community is in Indonesia. Most Muslims live east of Pakistan. 30% of Muslims live in the Indian subcontinent, 20% in Sub-Saharan Africa, 17% in Southeast Asia, 18% in the Arab world, and 10% in the Soviet Union and China. Turkey, Iran and Afghanistan make up 10% of the non-Arab Middle East. Although there are Muslim minorities in almost every area, including Latin America and Australia, they are most numerous in Russia and its newly independent states, India and
central Africa. There are about 6 million Muslims in the United States

Rabu, 5 Ogos 2009

TANDA2 SEBELUM KEMATIAN

"Tanda-tanda 100 hari sebelum kematian"

Ini adalah tanda pertama dari ALLAH SWT kepada hambanya dan hanya akan di sadari oleh mereka yang dikehendakinya......Walau bagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda ini hanya saja mereka menyadari atau tidak.....Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan -akan bergetar...... Tanda ini rasanya nikmat dan bagi mereka yang sadar dan berdetik dihati bahwa mungkin ini adalah tanda mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa sembarang manfaat... Bagi yang sadar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

" Tanda 40 hari sebelum kematian"

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang masa ... Akan terjadi malaikat maut ini memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika... Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.........

" Tanda 7 hari "

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan...

" Tanda 3 hari "

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.... Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi...Telinganya akan layu dimana bagian ujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam...Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan...

" Tanda 1 hari "

Akan berlaku sesudah ashar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu ahsar keesokan harinya....

" Tanda akhir "

Akan terjadi keadaan dimana kita akan merasakan sejuk dibahagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian Halkum...Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada ALLAH SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula...

SESUNGGUHNYA MENGINGAT MATI ITU ADALAH BIJAK

KISAH SEORANG CENDEKIAWAN

Seorang Cendekiawan atheis menumpang perahu ketika hendak menyeberang ke pulau. Di dekatnya duduk seorang yang senang ibadah. Ia bertanya pada tukang perahu seraya melirik ke ahli ibadah tersebut.
“Sobat, pernahkan Anda mempelajari Matematik?”
“Tidak” ujar tukang perahu tersebut.
“Bagaimana dengan anda pak ustaz?” Tanyanya juga. Pak ustaz tersenyum.
“Sedikit.” jawabnya
“Sayang sekali, bererti Anda berdua telah kehilangan seperempat dari kehidupan Anda.”ucapnya menghakimi.“Atau, barangkali Anda berdua pernah mempelajari ilmu falsafah?” tanyanya lagi.
“Sedikit.” Ucap ustaz tersenyum. Profesor itu menaikan kedua alisnya meminta jawapan tukang perahu.
“Itu juga tidak.” Jawab tukang perahu itu polos.
“Dua kali sayang, bererti Anda berdua telah kehilangan lagi seperempat dari kehidupan Anda.” Ucapnya membanggakan diri. “Bagaimana dengan sejarah?” lanjutnya
“Sedikit.” Ujar ustaz lagi. Cendekiawan itu menoleh ke tukang perahu.
“Oh, itu juga tidak.”
“Aduh-aduh…..!” Sesalnya seraya menggeleng-gelengkan kepala.
Mendadak awan gelap, angin bertiup kencang dan terjadi badai. Laut yang tadinya tenang menjadi bergelombang, perahu yang ditumpangi mereka pun terhuyung-hayang. Cendekiawan itu pucat ketakutan.
“Bagaimana nih pak ustaz nampak tenang-tenang saja. Siapa yang akan menolong kita? Teriaknya gelisah. Sambil tersenyum ustaz itu bertanya.
“Apakah anda pernah mempelajari akan adanya Tuhan?”
“Tidak.”
“Atau Anda pernah belajar berenang?” susul si tukang perahu
“Tidak” jawab cendikiawan itu gemetaran.
“Sayang sekali, Anda tidak kenal Tuhan dan juga tidak bisa berenang berarti anda akan kehilangan seluruh kehidupan Anda.”


Sumber dari :

WARKAH UNTUK ADAM

Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan, kerana aku buruan syaitan.

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya
dari kaummu dia akhir zaman, itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam
urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia
kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada
zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang
Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara.

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki
adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhan.
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
Mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru,
itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama,
aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba, kainku
tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak-bapak tak pandai didik,
jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil,
tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu,
pada hematku yang dhaif ini Adam,
seharusnya kau tanya dirimu,
apakah didikanmu terhadapku sama seperti didikan Nabi MUhammad SAW
terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
aku adalah pengikut-pengikutmu kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam pimpinlah tanganku,
kerana aku sering lupa dan lalai,
sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah rOh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
masih segan mengikut langkah para sahabat,
masih gentar mencegah mungkar,
maka kita tunggu dan lihatlah,
dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri dan pada Tuhanmu
yang engkau agungkan itu.......................................

sumber dari : Eramuslim

CORETAN HARI LAHIRKU...

Assalamualaikum bt smua pmbaca..
tepat jam 930pg 6t, mka genapla umurku 19thun...
h0hoh0, da tue bdk kecik ni rpe2nye...
tp sedih la, sedih sangat3............. =(
smlm tepat jam 12, sy call mak, nk ucap trma kasih
krn da mlahirkan sy ke dunia ni...
tanpa mak, brmakna TIADA SY..
sbb 2, sy rse stiap hr lahir 2 sptutnya kte wish kt mak kte..
2 yg plg pnting.....tanda kte mngingati png0rbanan mak,
ksusahan mak dr mngandung 9 bln 10 hr, mlahirkan,
mmbesarkan sehinggalah kte dewasa mcm ni..
mcm2 ragam dr kecik smpai bes0r,
mak trme dgn pnuh sabar..
kasih ibu..................tiada tandingannya.
xprnah pinta d balas..
maka kte sbg anak2, hruslah sntiasa sedar akan hakikat 2..
dr rahim ibula sgalanya brmula, kte dpt lihat bulan & mtahari..
TERIMA KASIH MAK!!! SYG MAK SGT2, MMMMUACHHH3!!!
brbalik kpd knp sy sedih 2 kn, uhhuk3........ =(
mak ckp mak jatuh smlm...kt beranda rumah.
mse 2 hujan, s0 lantai licin la..
uhhuk3!!!!! teruk jgk..nsb baik ayh prasan yg mak jtuh..
cmenye da 2 kali p brurut, tp still xhlg lg skt tuh..
uhhuk3!!!!! rsau2.....
mak ckp jalan p0n trhinjut2 skang.
sedihnya dgr =(
papep0n, hanya Doa yg mmpu ku utuskan..
sm0ga mak cepat smbuh, AMIN ~~~
***
sal kawan2...........
6t ek sy crte, nk p rehat dlu..
lapau smcm nih...

Isnin, 3 Ogos 2009

KENDURI KAK NGAH =)

> SANTAPAN BERADAB <
> MAK DA MENEPUNG TAWAR <
> PERSANDINGAN 2 MEMPELAI <
> KAMAR PENGANTIN <
> DULANG HANTARAN <
> PELAMIN NAN INDAH<
> JAMUAN MAKAN <

> SELEPAS AKAD NIKAH <

Assalamualaikum smua...
waa, rndunye kt bl0g ni..
hihik, kt k0rang jgk..
emm, meh nk crte sket sal knduri hr2..
***
kami (sy, ashr0ha, asiah, ilham n tikah) brt0lak ke Raub ptg jumaat, 31hb..
smpai sne, wah, meriahnye... huhu, best tgk (^^,)
sanak saudara rmai2 brkumpul..
mjlis akad nikah d adakan pd mlm 2, lps isyak..
dgn skali lafaz, mka kak ngah dah brgelar isteri kpd abg ngah..
waa, sy0knye...hihihi
plg trharu ble dgr abg ngah bce lafaz taklik 2 la..
sedih + sayu...lafaz prjanjian se0rang suami kn..
tggjwb mnjaga sdah trletak d bahu bak kta "isteri adlh amanah ALLAH"
s0, knela jge bebaik..sbb kt akhirat 6t, kne s0al..
bg ss0rang yg brjiwa sentimental cm sy ni plak, ape lg, mau nk mngalir airmata ni d btnye..
"feel" trlebih k0t mse 2..tp nsb baik dpt kwal...h0ho
bkn ape, sy dgr sbijik2 prkataan yg kluar dr mlut abg ngah 2
c0z sy yg rakam prjlanan mjlisnye, jd camerawomen yg xbrtauliah jap..hehek
ALHAMDULILLAH, smua slesai dgn baik...then Zzzzz
***
1hb Ogos, mjlis knduri d sblh kak ngah..
untk prsandingan la..
syukur, smua jgk brjalan sbgmana yg d rancangkan..
dgn khadiran band kara0ke, mjlis brtambah meriah..
ttamu p0n rmai...mmg beshhh..
nk tau x, kak ngah dpt bykkk hdiah.........hihi
r0mbongan abg ngah smpai lbh krg dlm kul 2 mcm 2..
& kmi sbg pmbawa dulang2 hantaran p0n mlaksnakan tugas dgn jyanya =)
huhui...prsandingan antara 2 mmpelai kmudiannya d lksanakan dgn pnuh tertib..
lps mnepung tawar, santapan beradab turut d adakan bg mraikan pgantin..
kesian tgk d0rang, memalu mse 2 nk men suap2..heheh, mesti nrv0us kn??
lps 2 kte0rang pon brgambarla byk2..p0se sne, p0se sni..
smpai brpeluh pngantin duk layan prmintaan rmai...kik3, sabar je lah ek.
end 0f da day...
***
mlm 2 plak, lps mkn je, d0rang pt0ng kek, mkn rmai2..
ni p0n besh3 jgk............... (^^,)
stlh slesai, acara mmbuka hadiah d adakan...
waa, bykkk...hihi, like astr0 noo, macam2 ada..
sy0k kn? huhui...
kbykknya set gelas, pnggan mgkuk n alatan dapur..
as preparati0n 4 d0rang mlekan hdp bru 6t..kn lbh sng.
kmi p0n kasi hadiah...hadiah ap?? h0ho, mne bley ckp...
secret d0ng, rahsia k0mpeni kmi tuh...hik2.
mlm 2 jgk sy d beri pluang untk mnggubah hntaran untk mjlis smbut mnntu..
waa, skenye, pngalaman prtama.. =)
mngaplikasikan ape yg sy prnah tgk mak sdare bt dlu..
sy salute m0k mek sal dia mmg expert bab nih, slalu ambil tmpahan tau..
gubahannya mmg brseni + pnuh estetika...
yg sy bt plak, ALHAMDULILLAH, mnjadi, wlaup0n xscantik hasil tgn m0k mek..
hihihi...tp brbal0i la..
krn kletihan, kmi p0n msuk td0q...sleepy beuty, hehe
***
2hb plak adlah mjlis sambut mnntu..yakni kndri kt tmpat abg ngah..
rmah d0rang dekat, s0 sngla bg ke2-2 pihak..huhui
kmi hntar kak ngah dlm kul 12 lbh mcm 2...
knduri kt sne p0n meriah jgk..rmai yg dtg..
syukur ALHAMDULILLAH, kmi tmpang bhagia (^^,)
TAHNIAH BT KAK NGAH & ABG NGAH
m0ga kekal bahagia hgga ke akhir hayat...
amin ya rabbal alamin ~~
lps blek, kemas2, then rmailah sanak saudara yg pulang..
stelah brkampung kt rmh mak da n pak da slama 2 hr..
kmi plak kmbali ke kampus lbh krg jam 930mlm..
***
s0, itulah crtanya...
- TAMAT -
ad sape2 nk tanye pape?
xfaham ke? k0mpius ke?
hihihi.... (^^,) ......hehe

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails