Ahad, 31 Januari 2010

MAKIN DIKEJAR, MAKIN TAK TERKEJAR..

Assalamualaikum semua..

Pada petang yang berbahagia ni,
sambil2 tengah syok melayan ym dengan kawan lama (yati = best friend masa sekolah) dulu,
tiba2 dia tanya,
" zihan ada fb (facebook aka mukabuku) tak?"
" ramai kawan-kawan kita yang ada tau, cikgu-cikgu sekali.."
" tak nak buat ke..?"
Soalan tu benar-benar buat saya bingung...
ye la, bila sebut soal teknologi, gadget atau laman semasa ni,
bagi saya semuanya tak kekal..patah tumbuh, hilang berganti..
semua bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, banyak sampai tak terkira..
dan makin dikejar, makinlah tak terkejar dibuatnya..

Kalau kita renung dan ingat baliklah kan,
suatu masa dulu,
semua orang terkesima, teruja dan terbawa-bawa dengan laman "myspace", "friendster", "tagged", "hi5" dan sebagainya..
kemudian ada "bear share","window messenger", "yahoo messenger", "skype" dan pelbagai lagi yang bercorak "messenger" yang sewaktu dengannya...

Jadi, apa masalahnya cik zihan..?
lagipun laman tu semuanya wujud untuk tujuan kebaikan...
bermatlamat untuk menjalinkan silaturahim, merapatkan ukhwah, yang jauh jadi dekat, segalanya di hujung jari, cuma tinggal untuk "click" je dan semuanya bebas...
kita akan disambungkan ke mana-mana sahaja yang kita nak..
nak berkawan dengan orang kat kutub utara dan kutub selatan pun boleh..
kita dapat mengenali satu sama lain, menambahkan "senarai-senarai rakan",
berkongsi pendapat, idea, ilmu serta salah satu medan untuk menyampaikan dakwah...
haa, alhamdulillah, baguslah tu...
memanglah..., saya sokong sangat-sangat dari segi tu...tak ada silapnya, tak ada masalahnya...

Tapi..cuba fikir balik, sampai bila semua tu akan kekal..??
semuanya akan beredar sesuai dengan pergerakan masa...putaran dunia..
bak kata, "zaman dah berubah........manusia dah maju...."
dan cuba tengok,dulu, semua kecoh, heboh dengan "ms", "fs", "tagged",
tapi bila gelombang "fs" melanda, semunya berpaling arah...
lantas yang lama ditinggalkan begitu saja...nak pandang tidak, nak bukak apatah lagi..
dah jadi adat manusia, dapat yang baru, yang lama di buat2 lupa...

Dan beringatlah bahawa setiap perkara yang membawa kebaikan tu pasti ada terselit juga keburukannya..
bukanlah nak bersikap pesimik di sini, cuma sekadar mengingatkan diri sendiri..
dan bagi sesiapa saja yang nak menerimanya secara terbuka...
(baik jadikan teladan, buruk jadikan sempadan tau.......)
kita terlibat dengan ni semua sebab kononnya tak ketinggalan di belakang,
tak mahu jadi seperti katak di bawah tempurung...baguslah tuh..
orang ramai kawan, ramai kenalan, otak pun berkembang..."point of view" lebih luas..
yang ni pun bagus..jadi kita pun mestilah nak jugak kn...?
benar........tapi ingat, berapa peratus kebenaran yang dapat kita temukan..??
dalam banyak2 "senarai kawan2" kita tu pula, berapa banyak yang kita berhubung dengannya..??
atau kita sekadar bahagia, berpuas hati dengan angka2 yang langsung tiada makna..??
mana letaknya ukhwah kita..?? persaudaraan kita yang lebih utama..??
masa mula berkenalan, tentu akan tanya, sihat ke, tengah buat apa..?
tapi bila dah lama, kita kenal lagi yang baru, yang lama terus lupa...
"senarai kawan2" ada yang sampai beratus, beribu, berjuta ada jugak kot..
jadi masakan nak ingat semua..betul tak..??
sedangkan manusia itu memang hakikatnya pelupa...(asal insan yang bermaksud lupa)

Jadi kesimpulannya,
fikir-fikirkanlah mana letaknya kita dan semua yang kita kejarkan ini...
tak mustahil apa yang kita ada pada hari ini akan ketinggalan jua...
"ms", "fs", "tagged", "hi5" bahkan "fs" jua mungkin menerima nasib yang sama..
kasihanilah diri kita, dan rakan2 kita yang mungkin hanya sekadar salah satu angka dalam "senarai rakan2" yang kita ada dalam apa jua laman yang kita sendiri cipta..
tiada peranan, tiada fungsinya...
bukankah KUALITI itu lebih penting dari KUANTITI..??
dan ingatlah..........SEMAKIN DIKEJAR, SEMAKIN TAK TERKEJAR....
teknologi akan sentiasa di hadapan kita, dan kita akan tetap di belakang........

berborak dengan "roomate" saya, dia meluahkan pendapat yang sama..
dah cukup kalau kita ada salah satu, tak perlu telan dan ikut semua..
paling penting, kita ada email, kerana itu adalah asasnya yang semua orang ada..
senang nak berhubung...betul tak??
ada banyak2 laman pun, belum tentu lagi di buka...
"thanks to cik ash mizz, as u make me realise all th0se thing..." :)

kepada semua pembaca pula,
harap maaf atas sebarang kesilapan,
hamba cuma berkongsi sedikit pandangan....
sekian, semoga berjumpa lagi dalam coretan akan datang..
wassalam.....

Sabtu, 30 Januari 2010

MUHASABAH DIRI


Hari demi hari,
langkah disusun disisi,
dengan harapan dapat diisi,
tapi dengan apakah perlu dipenuhi?

adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati?
atau dengan panduan wahyuNYA agar diri diredhai?

Wahai diri yang selalu sep
i,
kerana tiada usaha mahu mengisi,

bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
basuhlah hati dengan tangisan di pipi,
yang mengalir kerana jauhnya diri dari Ilahi,
bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi..


Wahai pemilik mulut ini,
yang sering menyatakan perkara yang tidak dilaksanakan diri,

menegur 0rang lain seolah diri bersih suci
,
tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu dipeduli..

Persoalkanlah diri dan hati,

mampukah diri bertawajjud dalam mahkamah Ilahi,

atas kesalahan tiada buat teguran tadi,

dalam tindak tanduk sehari-hari..

Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,
yang akan menutup mata sebentar lagi,
sentiasa beringatlah wahai hati,
sedetik kehidupan pergi, sedetik jua kematian menghampiri..

suratan ketentuan yang azali,

pemergian yang tidak akan kembali buat kesekian kali.........





Assalamualaikum...

Suka sangat baca nukilan ni..nak2 lagi bila disertai alunan2 nasyid yg begitu merdu..atau zikir2 yang mendayu..pasti akan terasa kerdilnya diri, jauhnya hati dari ya Rabbi..manusia yang alpa, insan yang pelupa akan tuhanNYA..datang tatkala kesulitan melanda diri, pergi tika kegembiraan melunakkan hati...Astaghfirullahhalazim.....bagaimana, apa akan terjadi jika Al-Khaliq melupakanmu walau sesaat cuma...??
siapakah kamu..?
apakah yang ada pada dirimu...?
bagaimana akhirmu....?

Selasa, 26 Januari 2010

PERTAMA 2010

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat semua pngunjung yg sudi melawat..

Haha, macam tak percaya je bahawa ni post yg pertama di hantar untuk tahun 2010..
tu lah, lama tak update lagi, kan dah buntu tu..nak mulakan cerita pun tak tahu dah dari mana..
ish3.....zihan2, kamu sememangnya agak teruk, tau tak..? huhuh..

Tapi, tu la kan, macam mana nak update lau internet pon "superb" semacam je..
kejap dapat, kejap tak, kejap connected, kejap dissconnected..
waa3, mahu roboh jugak benteng kesabaran tuh..
tergugat hormon2 adrenalin nak merembes,..huhuh
kadang2 fikir, rasa macam nak pakai br0adband pun ada..senang cerita..tak pening..
tapi, kena fikirkan belanjawan jgk macam mana..kalau pakai, mampu ke nak bayar..
kan silap2 nak elak pening, kena plak migrain, huhu..
br0adband bukannya murah, dah la nak kena bank in tiap bulan..
awak tu bukan anak orang kaya cik zihan..
emm....s0, sabar je la..nasib baik la keadaan tak mendesak sangat..
dan selembab2 "wireless" cempaka ni pun, tapi bolehlah nak diharapkan lagi..
berbanding wireless tut2 2, kejap2 kena "key in password", pas2 dah la banyak "site" kne "blocked.."
huhuhuh, lagi banyak menuntut kesabaran tuh..
kn...?

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails