Sabtu, 14 November 2009

DIALEK NEGERIKU...TERENGGANU

"MARI BELAJAR DIALEK TERENGGANU"

-MEH BLAJOR DIALEK GANU-

^^ heHEhe ^^

sappok jauh.....teramat jauh

panah sang/s0oh/kettik......teramat panas

comel lote.........comel yg amat

kuning/mer0h nyalle...kuning/merah sangat

ija naung..........terlalu hijau

sejuk ketto........sejuk yg sgt2

itang lettung ( itang leggang)......tersangatlaa hitamnya

punoh jahnang......rosak

pughah hangik......hampeh gile

gugha bewok........gurauan yg menyebabkn pgaduh

air geh tujuh yu - pi cak katung jogek-jogek...air 7UP(kole beghang)

taik ayang muna....tahi ayam yg masih hangat

kona lepe.........kona lipat

kelecak...........terpelanting

nakuk paik.......penakut yg amat

tinggi lonjong....tinggi sgt

tinggi nyayuk......sama cm diatas

sekak netting.....kain yg singkat

nipih nayyang.....sgt nipis

maknga............sikap yg cuai

babei.............degil/keras kepala

jabir/supek/plastik ghok-ghak....beg plastik

kehek.............muntahkan semula

puahsang..........boring

rase meppeh............tak larat

kepeh blepeng..terlampau kempis

lapo perut........lapar

ngatuk mate.......rasa mengantuk

koghok keghing goh....tengkorak yg sudah kering

nguppat...mengumpat

kelecak baghak......terpelanting

tadok aghoh........habis ikhtiar

penuh poppok/rumbu.......penuh sampai melimpah

khappoh...........kerak (goreng posang etc)

penuh nemmbok......penuh sampai melimpah

gemuk debbok......gemuk sgt

kuruh kering.....sgt kurus

botok licing.......botak licin (rambut)

beso jereguk.....saiz yg besar

kecok.............jln terhincut2

gege..............bising/sikap yg ramah

suke glekek.......ketawa menggelekek

kettor geggor......terketar smp bergegar

dulli mung........tak ambil peduli

mussing ketang caghi....cari di merata-rata

letih sangg.........keadaan yg sgt letih

gong..............sikap yg angkuh

srupe tule/ler.......serupa/sama je

beghak nanang......sgt berat

ringang lepung.....sgt ringan

kettik nnyamuk......digigit nyamuk

dok tau starang.....tak tahu langsung

busuk kohhong....terlampau busuk

agah...sikap yg sombong

soheh dok ??...sahih tak/betul tak??

membo/saing...sahabat/kawan

ape ke jadah ...... apa hal

apah nyor...... hampas kelapa

anguh letong/nettong......sangat hangus/hangit

bata golek ..... boaster/bantal peluk

kue bronok ..... sejenis kuih yg diperbuat drpd sagu

kue bepang ....... sejenis kuih yg diperbuat drpd beras pulut

boloq woq ......rasa serabut

bahang .......memukul

Bluahh ......comot

culah/mallah ...... malah

ceekiik.......cubit-cubitan

dok dang ....... tak sempat

ikang aye ...... ikan tongkol

ikang kerah ekor ...... ikan cencaru

d0k kettek...orang yg tidak bercakap apa-apa

kheloqq ....... orang yg tengah malu

tunggu bett0r .......sila tunggu sekejap

Kuppik .........kedekut

ngerek......dating

Lembek ..... tilam

Lambur ....... beranda/balkoni

meroh merrang ........warna merah yg terang

mussing ketang/ligat ......... berpusing-pusing

ngoyang ....... meroyan

nyakit nyamang ........ tidak bersangkutpaut

nyekik .........perasaan menyampah

k0yya.....sikap perasan diri sendiri

nganjing/nyeh-nyeh ........ sikap yg mengada-ngada

nissang .......gula melaka

sket ..... sedikit

patta...pantai

k0'loh...sek0lah

su'ra...surau

se'jek ...... masjid

sekut merri ......biskut merrie

se'eh ...... rasa yg sangat kenyang

manih netting...rasa yg sangat manis

pahit neppang...rasa yg sangat pahit

masang rebbang...rasa yg sangat masam

masing ghebbing/pekkok...rasa yg sangat masin

tawor hebbe ....... rasa yg sangat tawar

tawor lembo....air yg tawar

ambik....ambil

tohok......buang

pendek kett0k...orang yg terlalu rendah

tinggi sayuk....orang/keadaan yg terlalu tinggi

beso jallo/lajjok.....saiz yang sangat besar

kecik tuik.....saiz yang sangat kecil

pucak kesi/lesi.......warna yang pudar

senyak tupih/tuppah.....suasasana yg terlalu sunyi

bising bango.....suasana yg terlalu bising


**** SERANGKAP PANTUN BUATMU ***

"Kepok lekor, ikang nammbang,
meh blaj0r, otok kkemmbang"
-huhuhuhuhu-

BAGI SESIAPA YG FAHAM, SILALAH TRANSLATE
ngeeeeeeeee
=P

Jumaat, 13 November 2009

LAYAR KEINSAFAN
"MESTICA"

Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora


MENANTI DI ALAM BARZAKH

MENANTI DI ALAM BARZAKH
" FAREAST"

Ku merintih

Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali
Ke dunia nyata

Perjalanan rohku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda
Sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh
Sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
Tujuh langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu

Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapa pun tahu resah
Penantianku

Terbangkitnya aku
Dari sebuah kematian
Seakan ku dengari
Tangis mereka yang ku tinggalkan

Kehidupan di sini
Bukan suatu khayalan
Tetapi ia suatu hal kejadian

Kembali roh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang
Membaluti tubuhku
Terkujur dan kaku
Jasad di dalam keranda kayu

Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberitahu
Tiada siapa pun dapat hindari
Tiada siapa yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali
Tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang
Menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan
Gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan
Kini aku merasakan
Di alam barzakh
Jasad dikebumikan

Rabu, 4 November 2009

ANYAMAN 3/09

> Anyaman Mengkuang <

“Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.”

”Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah, lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-warni.”

ANYAMAN 2/09

> Sejarah Anyaman <


“Seni anyaman dipercayai bermula dan berkembang tanpa menerima pengaruh luar. Penggunaan tali, akar dan rotan merupakan asas pertama dalam penciptaan kraftangan anyaman yang telah menjadi usaha tradisi sejak berabad-abad lalu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan-hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.”

“Pelbagai rupabentuk kraftangan dapat dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk-bentuk anyaman dibuat didasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian.”

“Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.”

ANYAMAN 1/09

> Seni Anyaman <

“Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba.”

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails