Ahad, 21 Februari 2010

ESOK BALIK DAH.........HUK3..

Assalamualaikum Wbt...

Selamat pagi Malaysia.....................

Hukhukhuk....
macam tak percaya je, dah masuk 21 hb saat ini...
lagi tak percaya bila 21 hb tu................,
membawa maksud hari yang terakhir sebelum saya berangkat kembali ke Afzan..
memangla, rindu jugak kat Afzan tu, nak-nak lagi kat R0Omate yang tersayang..
namun, hati ini belum bersedia nak meninggalkan kampung halaman..
tinggalkan mak, tinggalkan anak buah yang kiut miut dan suke menjerit tu..
huk3...........mesti teringat nanti..........
tapi kan zihan, kena ingat jugak, tak boleh selalu ikut hati............
kan ada pepatah Melayu berkata.....
" Ikut rasa, binasa........Ikut hati, mati......."
haa, jadi berpada-padalah dalam setiap hal...
sabar sikit je...
lagipun bulan 3 nanti kan ada cuti lagi...........
betul tak..? hehe..
jadi sabar ek...sabar kan separuh dari iman...
(ayat-ayat untuk menyedapkan diri sendiri ni..huhu)
tapi tak mengapalah, boleh dipraktikkan..
Alhamdulillah...
& ya ALLAH, m0ga hamba diberikan kekuatan..
amin............

insyaALLAH, pukul 9.00 pagi nanti akan bert0lak dari Syahbandar...
terus ke destinasi Afzan bersama anak-anak Terengganu yang lain...
m0ga selamat sampai...amin..
k, daa semua..
wassalam..

Jumaat, 19 Februari 2010

KENANGAN MENGGAMITKU...

Assalamualaikum Wbt..

Alhamdulillah, 1st of all, syukur sangat-sangat
sebab.........................,
hari ni, dapat jumpa blek geng2 lama :)
fatihah, faizah n zirah..
aka member-member study gr0up masa sek0lah dulu..
seperti biasa..perjumpaan kami diadakan di rumah faizah..
tempat kami melepak untuk ulangkaji..
tempat yang bagi saya cukup bererti & penuh bermakna..
perjumpaan yang tak well planned pun sebenarnya, namun...........
berjaya diadakan pada jam lebih kurang 6 petang,
bilamana semua ahli 2F2Z (Fatihah, Faizah, Zihan, Zirah) berjaya disatukan kembali,
untuk yang kesekian kalinya...............hehe
syukur, ALHAMDULILLAH..... ^^

Bila berkumpul tadi, terimbau kembali kenangan-kenangan lalu..
& kenangan tu yang menggamit saya untuk mengatur sebuah pertemuan tak terjangka pada hari ni..
teringat kenangan masa kami sama-sama buat latihan, hampir setiap hari jugak dulu...
sambil-sambil minum air dan jugak ker0pok....
ker0pok keping cicah dengan air teh panas (menu paling best bagiku, walaupun kedengaran agak pelik kan, huhu)
> ni nak thanks banyak-banyak kat faizah & Chek Su (mak faizah) sal prepare 0ur high tea tiap-tiap petang < style="font-style: italic;">sharing-caring ilmu & makanan sama-sama, semuanya allgether-t0getherla kata 0rang...
huhu, memang sangat beshhh..........
tika itulah semuanya terasa pantas meninggalkan kami..
sehinggalah pmr berlalu............
kemudian diteruskan lagi dengan spm...........
study group masih lagi berjalan, namun situasinya tak seperti dulu..
perbezaan aliran dan kelas menuntut kami untuk ulangkaji lebih secara individu...
kami berkumpul pun bila melibatkan subjek yang sama je..
dan seterusnya, spm juga berlalu meninggalkan kami............

Tamat spm,
Faizah dan juga saya meneruskan langkah ke Matrikulasi..
s0rang ke Perlis, s0ran lagi ke Kedah..
Fatihah dan zirah pula memilih menyambung f0rm 6 di SMKKMT...
kemudian masing-masing mula sibuk, mula busy...
s0bsobs0b, sedih betul.. :(
kami dah ada haluan serta kehidupan sendiri..
jadi dah jarang-jarang jumpa..
bertemu pun masa hari raya, tu pun bukan jumpa kesemua sekali secara serentak...

Hari ni,
ye...................hari ni..........,
ALHAMDULILLAH, sempena raya juga, tapi Raya Cina, huhu...
kami dapat jumpa kesemuanya.........yap, SEMUA..
ada Fatihah, Faizah, Zihan & Zirah yang menjadi angg0ta kumpulan 2F2Z..
huhuhuhu............suka bangat ^^
kepada Tehah, thanks sebab susah-susah datang, walaupun asalnya dah balik ke rumahnya..
(rumahnya agak jauhlah dari tempat kami)
kehadirannya sekaligus melengkapi kami..hehe
dan rindu itu terubat jua............ ^^

Syukur sangat...,
kami masih seperti dulu...tak banyak berubah oleh faktor masa juga usia..
kami masih lagi kekal mesra, n jadi best friend f0rever...
news terbaru antara kami pula,
Faizah c0ntinue degree 0n Marketing kat UITM Machang...
Fatihah & Zirah waiting f0r the STPM result yang dijangka keluar hari Khamis nanti..
( Harapnya kalian dapat result yang cemerlang, amin...)
n me............meneruskan degree (PISMP) di IPGM Afzan...
Then, c0mplete sudah st0ry kami...
tentang empat sahabat karib time sek0lah dulu..
sahabat-sahabat yang banyak berjasa buatku.. :)
dan d0aku m0ga persahabatan antara kami tetap kekal utuh dan teguh..
meskipun jarak menjadi pemisah...........
amin ya rabbal alamin...

LOVE YOU ALL SO MUCH3...........
2F2Z ALWAYS IN MY MEMORY.........
BITTERSWEET ALLTOGETHER........
s0bs0bs0b....
Till meet again my FRIENDS............
amin...............

Khamis, 4 Februari 2010

MENITI DAN MENANTI

Aku di sini..
bersama sebuah resah tiada berpenyudah
terbelenggu bersama keluh kesah
yang membuatku terasa lemah
lantas hampir tersungkur mengalah

namun...
antalogi yang tampak sepi
berjaya mencambahkan sebenih impi
membuatkan aku sedari
semangat jua harapan harusku sendiri bajai
agar menyuburnya dahan-dahan buatku meniti
rendang dan redup pohonan untuk terus menanti

diri...
yang ingin sekali menyingkap sebuah misteri
mencari sebuah erti yang sering berteka teki

bersama hati dan jiwa..
terkapai-kapai mengintai sebuah makna
namun tetap tiada ku jumpa

sampai kapan...
aku jua tak bisa melontarkan kepastian
namun ku yakini janji Ar-Rahman
pada qada' dan qadar sebuah ketentuan

mungkin..
bila tiba ketikanya
sampai detik dan saatnya
kerana ia milik dan kuasa Yang Maha Esa,
"kun fayakun" akan merungkai segalanya

dan aku...
hanya akan terus meniti
menanti
sehingga terbentang jelas solusi

Selasa, 2 Februari 2010

MOTIVASI BUATKU..

Assalamualaikum Wbt...

Alhamdulillah, hari ni institut ada menganjurkan pamaran dan jualan buku,
hasil kerjasama dengan penjual2 dari seluruh negara
pameran yang dijalanka di sekitar Pusat Sumber tu mendapat sambutan meriah kali ini..
ye la, lebih banyak gerai2 dibuka,maka pelajar pun ada lebih banyak ruang untuk memilih..

Pada awalnya, saya agak kecewa juga,
kerana setelah lama melilau mencari, buku yang saya impikan tetap tak ditemui..
agak sedihlah sebab saya dah lama teringin nak baca buku tu..
(Tautan Hati, karya Fatimah Syarha Haji Nordin)
saya cukup menggemari hasil nukilan beliau kerana banyak mendatangkan kesedaran..
teringat lagi bagaimana indahnya buku Pemilik Cintaku setelah ALLAH & Rasul digarap sehingga menerbitkan keinsafan di hati saya..
kisah cinta antara Qani'ah dan Dr. Muslih benar2 membahagiakan kerana keduanya tegas menjaga batas dan syariat..
bahagia mereka lebih manis rasanya kerana bercinta dan saling mengenali antara satu sama lain setelah akad terlafaz..
keduanya terpelihara dalam keimanan dan mementingkan islam..
bukankah semua orang menginginkan kebahagian..??
Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya hidayah melaluinya..
saya cuba membuat perubahan yang agak sukar dalam hidup saya..
meninggalkan apa yang perlu saya tinggalkan demi sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki..
bercerita tentang buku itu, ada seorang "senior" mengatakan buku Tautan Hati pun bagus juga..
jadi semenjak itulah, saya menanam azam untuk memiliki buku tersebut
selain dari buku Di Atas Sejadah Cinta....

Saya gemar membaca buku2 sebegini kerana ia berunsur motivasi, dan menjadi santapan rohani..
boleh buat bekalan untuk jiwa agar lebih berhati2 menjalani gelodak rasa di alam remaja..
buku2 ini memberi kekuatan, keyakinan dan peringatan akan sebuah prinsip yang harus saya sendiri tegakkan dan kukuhkan dalam diri..
agar pasak yang baru ditanam itu kian teguh serta ampuh berhadapan dengan ujian serta jihad perasaan keseorangan..

Namun, saya bersyukur, walaupun tak jumpa buku2 tu,
saya ditemukan dengan buku2 yang tak kurang juga hebatnya...
- Antalogi Cerpen dan Puisi (Cinta & Rona Kinanah)
- Merawat 7 Penyakit Hati
- Berdialog dengan ALLAH di keheningan malam..
Alhamdulillah, buku2 tu banyak membawa mesej2 bermakna dan petunjuk buat jiwa..

Antalogi yang memuatkan cerpen dan puisi hasil2 karya 15 pelajar Malaysia yang menuntut di Timur Tengah itu, diterbitankan oleh Hijjaz Records Publishing..
antara cerpennya adalah Trilogi Iman, Bintang Seorang Rafik, Air Mata Jatuh lagi dan sebagainya..
kebanyakan ceritanya adalah himpunan kisah perjuangan menegakkan kebenaran, fahaman, prinsip dan ketegasan disamping memberi kesedaran, persahabatan dan jua pergorbanan yang berteraskan islami..

Merawat 7 Penyakit Hati pula mengutarakan tips2 berkaitan mengatasi penyakit hati yang sering melanda manusia seperti
- ujub (bangga diri)
- ghurur (terpedaya dengan perasaan diri)
- takabbur (sombong/bongkak)
- riya' (menunjuk2)
- su' al-zhann (buruk sangka)
- al-syuhh (kikir)
- al-hiqd (dengki)

Alhamdulillah, sangat2 best buku ni semua..
kepada Jannah, TERIMA KASIH banyak2 sebab pinjamkan duit tadi...(lupa bawak)
k la, sekian sahaja buat masa sekarang..
nanti ada masa lapang, saya berceloteh lagi tentang cerpen2 dan tips2 2...
insyaALLAH...jaga diri semua, wassalam....

p/s : kalau terjumpa kat mana2 buku Tautan Hati dan Di Atas Sejadah Cinta tu, jangan lupa bagitau saya ek...terima kasih.......

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails