Assalamualaikum Wbt...
Alhamdulillah, hari ni institut ada menganjurkan pamaran dan jualan buku,
hasil kerjasama dengan penjual2 dari seluruh negara
pameran yang dijalanka di sekitar Pusat Sumber tu mendapat sambutan meriah kali ini..
ye la, lebih banyak gerai2 dibuka,maka pelajar pun ada lebih banyak ruang untuk memilih..
Pada awalnya, saya agak kecewa juga,
kerana setelah lama melilau mencari, buku yang saya impikan tetap tak ditemui..
agak sedihlah sebab saya dah lama teringin nak baca buku tu..
(Tautan Hati, karya Fatimah Syarha Haji Nordin)
saya cukup menggemari hasil nukilan beliau kerana banyak mendatangkan kesedaran..
teringat lagi bagaimana indahnya buku Pemilik Cintaku setelah ALLAH & Rasul digarap sehingga menerbitkan keinsafan di hati saya..
kisah cinta antara Qani'ah dan Dr. Muslih benar2 membahagiakan kerana keduanya tegas menjaga batas dan syariat..
bahagia mereka lebih manis rasanya kerana bercinta dan saling mengenali antara satu sama lain setelah akad terlafaz..
keduanya terpelihara dalam keimanan dan mementingkan islam..
bukankah semua orang menginginkan kebahagian..??
Alhamdulillah, Allah mengurniakan saya hidayah melaluinya..
saya cuba membuat perubahan yang agak sukar dalam hidup saya..
meninggalkan apa yang perlu saya tinggalkan demi sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki..
bercerita tentang buku itu, ada seorang "senior" mengatakan buku Tautan Hati pun bagus juga..
jadi semenjak itulah, saya menanam azam untuk memiliki buku tersebut
selain dari buku Di Atas Sejadah Cinta....
Saya gemar membaca buku2 sebegini kerana ia berunsur motivasi, dan menjadi santapan rohani..
boleh buat bekalan untuk jiwa agar lebih berhati2 menjalani gelodak rasa di alam remaja..
buku2 ini memberi kekuatan, keyakinan dan peringatan akan sebuah prinsip yang harus saya sendiri tegakkan dan kukuhkan dalam diri..
agar pasak yang baru ditanam itu kian teguh serta ampuh berhadapan dengan ujian serta jihad perasaan keseorangan..
Namun, saya bersyukur, walaupun tak jumpa buku2 tu,
saya ditemukan dengan buku2 yang tak kurang juga hebatnya...
- Antalogi Cerpen dan Puisi (Cinta & Rona Kinanah)
- Merawat 7 Penyakit Hati
- Berdialog dengan ALLAH di keheningan malam..
Alhamdulillah, buku2 tu banyak membawa mesej2 bermakna dan petunjuk buat jiwa..
Antalogi yang memuatkan cerpen dan puisi hasil2 karya 15 pelajar Malaysia yang menuntut di Timur Tengah itu, diterbitankan oleh Hijjaz Records Publishing..
antara cerpennya adalah Trilogi Iman, Bintang Seorang Rafik, Air Mata Jatuh lagi dan sebagainya..
kebanyakan ceritanya adalah himpunan kisah perjuangan menegakkan kebenaran, fahaman, prinsip dan ketegasan disamping memberi kesedaran, persahabatan dan jua pergorbanan yang berteraskan islami..
Merawat 7 Penyakit Hati pula mengutarakan tips2 berkaitan mengatasi penyakit hati yang sering melanda manusia seperti
- ujub (bangga diri)
- ghurur (terpedaya dengan perasaan diri)
- takabbur (sombong/bongkak)
- riya' (menunjuk2)
- su' al-zhann (buruk sangka)
- al-syuhh (kikir)
- al-hiqd (dengki)
Alhamdulillah, sangat2 best buku ni semua..
kepada Jannah, TERIMA KASIH banyak2 sebab pinjamkan duit tadi...(lupa bawak)
k la, sekian sahaja buat masa sekarang..
nanti ada masa lapang, saya berceloteh lagi tentang cerpen2 dan tips2 2...
insyaALLAH...jaga diri semua, wassalam....
p/s : kalau terjumpa kat mana2 buku Tautan Hati dan Di Atas Sejadah Cinta tu, jangan lupa bagitau saya ek...terima kasih.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan