Hari demi hari,
langkah disusun disisi,
dengan harapan dapat diisi,
tapi dengan apakah perlu dipenuhi?
adakah dengan hasrat al-hawa yang tiada mati?
atau dengan panduan wahyuNYA agar diri diredhai?
Wahai diri yang selalu sepi,
kerana tiada usaha mahu mengisi,
bukalah kelopak mata dari nyenyak mimpi,
basuhlah hati dengan tangisan di pipi,
yang mengalir kerana jauhnya diri dari Ilahi,
bukan kerana impian dunia yang hilang sebentar tadi..
Wahai pemilik mulut ini,
yang sering menyatakan perkara yang tidak dilaksanakan diri,
menegur 0rang lain seolah diri bersih suci,
tetapi hakikat diri sendiri tiada mahu dipeduli..
Persoalkanlah diri dan hati,
mampukah diri bertawajjud dalam mahkamah Ilahi,
atas kesalahan tiada buat teguran tadi,
dalam tindak tanduk sehari-hari..
Muhasabahlah diri sendiri wahai diri,
yang akan menutup mata sebentar lagi,
sentiasa beringatlah wahai hati,
sedetik kehidupan pergi, sedetik jua kematian menghampiri..
suratan ketentuan yang azali,
pemergian yang tidak akan kembali buat kesekian kali.........

Assalamualaikum...
Suka sangat baca nukilan ni..nak2 lagi bila disertai alunan2 nasyid yg begitu merdu..atau zikir2 yang mendayu..pasti akan terasa kerdilnya diri, jauhnya hati dari ya Rabbi..manusia yang alpa, insan yang pelupa akan tuhanNYA..datang tatkala kesulitan melanda diri, pergi tika kegembiraan melunakkan hati...Astaghfirullahhalazim.....bagaimana, apa akan terjadi jika Al-Khaliq melupakanmu walau sesaat cuma...??
siapakah kamu..?
apakah yang ada pada dirimu...?
bagaimana akhirmu....?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan