Khamis, 18 Mac 2010

KENAPA..



Kenapa aku?
Kerana ia takdir ketentuan..
Kenapa aku?
Kerana aku diberi pengharapan....
Kenapa aku?
Kerana aku, pilihan Tuhan…
Kenapa aku?
Kerana Allah tidak sesekali menguji di luar kemampuan,,


Oh…begitu rupanya..…
Hmm.....tapi, kenapa aku?
Wahai aku…..
kerana aku adalah hambaNYA..
Wahai aku......
kerana aku memerlukanNYA..


Hmm....sedih lagi..?
wahai aku....
Boleh jadi apa yang aku sukai adalah tidak sesuai bagiku..
kerana Allah pasti lebih mengetahui,
apa yang sementara, apa yang hakiki,
apa yang nyata, apa yang tersembunyi,
yang mungkin aku sendiri tak pernah mengerti,
tak pernah jua ku ketahui...


Aku....aku….
Apakah aku kira aku akan dilepaskan begitu, sedangkan aku belum diujiNYA?
Bangunlah aku..
kerana…
Tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaNYA..
untuk mengingati dan memohon padaNYA..
Bangkitlah aku..
kerana...
Sesungguhnya dengan mengingatiNYA hati kan tenang semula…


Dan…
Moga kesabaran menghadapi ujian ini…
mengampuni dosaku yang menimbun…
menganugerahkanku pahala yang merimbun..
amin..

Dan…
wahai aku....
beringatlah...
syurga itu mahal harganya…
tak bisa lepas, tanpa bayaran..
tak bisa dapat, tanpa pengorbanan...


Maka...
bangunlah aku...!!
bangkitlah aku...!!
ayuh.....,jangan terus mengeluh...
teruskan perjuanganmu !!


~~~ LA TAHZAN ~~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails