Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Wbt
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.
Assalamualaikum Wbt
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik saya telah membaca ayat al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pak cik, pak cik adalah orang yang berakal, tidakkah pak cik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"
~bagaimana keadaan kita..??~
sedangkan azab neraka yang paling ringan adalah...,
Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Rasulullah SAW bersabda:
”Seringan-ringan azab penduduk neraka ialah azab yang dideritai oleh Abu Talib.
Dia memakai sepasang terompah yang membuatkan otaknya menggelegak.”
~ MENGGELEGAK KERANA KEPANASAN, BERANIKAH KITA..?? ~
Nau'zubillah..mohon perlindungan hanya dariMU, amin..
Wallahhuallam
Ya ALLAH,
m0ga hamba belajar dari kesilapan..
m0ga tiap segala yg berlaku jua punya hikmah buat diri..
jangan hukum hamba kerana kesilapan hamba..
maafkanlah...ampunkanlah..
hamba biasa, manusia hina, insan yg sering lupa..
amin, amin, amin
(-_-)
Wassalam..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan