Isnin, 16 Ogos 2010

KEAJAIBAN TAWAKAL~

Bismillahhirrahmanirrahim

Assalamualaikum Wbt..


Alhamdulillah, hari ni masih mampu kembali di sini,
menyusun butir-butir aksara, lantas tercantum membentuk bait kata-kata
dengan harapan, tetap, m0ga ia membawa makna walau hanya sekuntum rasa..
buat diri sendiri, juga buat kalian..
dengan izinNYA, insyaALLAH, amin3..

Sekian lama jari-jemariku terkaku,
bukan dek ketandusan idea, namun kerana resahnya jiwa,
gelodak perit suatu rasa,
yang akhirnya menyekat segala tarian pena..

Di saat hanya diri sendiri, ya sendiri......
sekejap, bukan hanya sendiri, tapi DIA..
DIA selalu, sentiasa ada bersama..
setiap waktu dan setiap ketika..
Alhamdulillah, ingat itu selalu,
jangan lupakan walau pedih menghirismu..

Dan hanya DIA,
yang Mengerti,
yang Maha Tahu segalanya..


Biarlah,
andai ini suratan takdirMu..
hamba redha dan hamba terima..
hamba akan cuba bersabar semampu hamba..
bukankah sabar itu kunci yang Engkau janjikan syurga..?
ya, sedangkan itulah impian hamba.....
maka sabar dan teruslah bersabar..


Walau saat luka dan sakit membelah pedih segala rasa yang terasa,
namun, DIA tak pernah lupakan hambaNYA..
Engkau tak pernah lupakan hamba...
kerana itu, DIA uji hamba begitu..
mungkin jikalau hamba bukan begini, hamba akan melupakanMU..
hamba tak akan bermohon padaMU,
dan hamba tak kan meletakkan harapan padaMU semata..
ahh, bukankah manusia itu mudah lupa jika hidupnya sering bahagia..?

Alhamdulillah, syukur.....
Engkau masih memandang hamba ya Allah..
dengan duka, Engkau tarbiyah hamba,
supaya hamba terus kuat dan cekal melangkah,
dengan sakit dan perit, Engkau jadikannya kafarah hamba..
latihan kesabaran tanpa banyaran,
dengan izin dan perkenanMu semata..





Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya illahi.... Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu..

(sekadar menghayati alunan nasyid Muhasabah Cinta oleh Edcaustic)






Dari Abu Darda' R.A,dari Nabi S.A.W bahawa Baginda bersabda,
"Barangsiapa di waktu pagi atau petang membaca surah At-Taubah:129 sebanyak tujuh kali, maka Allah akan mencukupi apa yang diinginkan dari perkara dunia dan akhirat"
(HR. Ibnu Sunni & Abu Asaakil)





At-Taubah, 129, Maksudnya : Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; hanya kepadaNya aku bertawakal (berserah diri) dan Dialah yang memiliki Arasy yang agung.




Tentang TAWAKAL..
ya kali ni, tera
sa lebih bermakna,lebih berharga,
lebih menghargainya kerana hamba sendiri merasa keajaibannya,
lantas lebih m
enjiwai, menghargai dan menyakininya..
Alhamdulillah
..








Tawakal
adalah kesungguhan hati dalam bersandar kepada Allah untuk mendapatkan kemashlahatan serta mencegah bahaya, bersangkutan dengan urusan dunia mahupun akhirat. Ibnu Abbas ra mengatakan bahawa tawakal bermakna
percaya sepenuhnya kepada Allah.


Allah berfirman dalam Surah Ath-Thalaaq ayat 2-3;
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."


SUBHANALLAH
ALHAMDULILL
AH...
hanya itu ungkapan yang mampu diluahkan saat ini
(^_^)






***
laptop tersayang tiba2 terpadam,
cuak..........,
nak "on" balik, tetap tak boleh..
tak boleh, tak boleh...
TAK HIDUP JUGAK....
dengan bauan hangit, sehagus hati yang cukup risau ketika itu..
semalaman cuba hidupkan,
usaha dan usaha,
namun tetap tak berjaya...
sebab.......???
lupa doa...
lupa tawakal...
usaha semata, tanpa minta padaNYA, tanpa berserah padaNYA..
terlupa..
malam itu juga, tidur tak lena,
membayangkan macam mana nak repair laptop ni,
dahlah tengah kerja banyak, kewangan pula hanya tinggal ciput je....
"motherboard mahal tau nak tukar kalau dah terbakar" kata temanku malam itu..
huh....., dan hanya keluhan yang mampu dilepaskan..


***
“Makan sahurlah, kerana makan sahur itu berkat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
ALHAMDULILLAH..
mungkin dengan keberkatan sahur, juga dengan hidayah dan izinNYA,
hatiku terasa tenang pagi itu,
redha berjaya mengatasi sayu dijiwaku,
mengubati hati yang beralas sendu semalam..
lalu makan, minum dan niat puasa..
sementara menunggu azan subuh,
jari-jemari terasa ingin mencuba lagi, buat kesekian kali..
bezanya, cuma kali ini..,
usaha itu disertakan dengan TAWAKAL..

Ya, berserah sepenuhnya pada ALLAH..
memohon dan mengharap hanya padaNYA..
SEPENUHNYA....

Redha, jika laptop tak hidup jugak, itu tarbiyah dan pasti ada hikmah disebaliknya..
dan jika laptop pulih,
alhamdulillah, anugerah dan nikmat dariNYA..
syukur, syukur, syukur..

Dan kesabaran dalam penantian itu akhirnya membuahkan kejayaan,
menunjukkan bahawa hanya DIA lah yang menguasai sesuatu..
membuktikan keajaiban bertawakal dan berserah padaNYA..
ALHAMDULILLAH..
SYUKUR, SYUKUR, SYUKUR..

Keajaiban tawakal (dengan izinNYA) juga membuatkanku lulus dalam peperiksaan MUET yang lalu..
ALHAMDULILLAH,
itulah yang membezakan usahaku dulu dan sekarang..

p/s : Ramai yang tahu, tapi seperti tidak tahu..
kerana dihanyut leka, manusia seringkali lupa..
LUPA padaNYA..
Maka, saling ingat-mengingatilah..
moga kita sama-sama dapat melangkah ke syurga tika di akhirat sana..
insyaALLAH...
USAHA.DOA.IKTIAR.TAWAKAL
amin3..


wallahhuallam
Wassalam Wbt

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails