Rabu, 15 Julai 2009

ASAS TENTANG ARCA

Pengertian

Perkataan arca atau dalam bahasa Inggeris disebut sebagai sculpture berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere, bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris. Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi di mana permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Selalunya arca dapat dilihat di galeri, taman permainan, dan tempat – tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

1. Arca adalah bentuk dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikaji dan dinikmati nilai estetikanya.
2. Arca tidak sama dengan seni tampak yang lain kerana ciri - ciri 3Dnya.
3. Walaupun arca merupakan karya seni yang sealiran dengan seni bina, hiasan dalaman, dan reka bentuk pentas, tetapi arca terdapat keistimewaannya yang tersendiri.
4. Terdapat dua jenis bentuk arca iaitu arca bentuk berfungsi dan arca bentuk estetika.
5. Arca bentuk berfungsi merupakan barangan 3D yang boleh digunakan di samping ciri-ciri estetikanya.
6. Terdapat juga arca berfungsi yang hanya digunakan untuk upacara keagamaan dan kebudayaan. Contohnya patung dan topeng kaum Jah Hut dan Mah Meri yang digunakan sebagai alat untuk berhubung dengan roh dan semangat.
7. Arca berfungsi dalam bentuk patung atau stupa juga banyak didapati pada bangunan tokong, kuil, dan gereja.
8. Suku kaum Iban, Kenyah, Kelabit, Penan, Kajang, Melanau, dan Bidayuh di Sarawak menghasilkan arca ukiran kayu bentuk tradisional dengan ciri-ciri tradisional untuk digunakan pada sesuatu upacara adat istiadat yang tertentu.
9. Arca bentuk estetika tidak mempunyai fungsi khas tetapi merupakan bentuk ciptaan pelukis hanya untuk dihayati dari aspek estetikanya sahaja.
10. Arca jenis ini biasanya dipamerkan di galeri.
11. Bentuk arca estetika bebas, boleh berbentuk realistik atau abstrak, terpulang kepada kebijaksanaan dan pilihan pengarca yang menciptanya.
12. Pelbagai bahan dan teknik boleh digunakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails