Khamis, 30 Julai 2009

PENERIMAAN YG BERBEZA

Imam Ahmad bin Hambal ditanya, “Bilakah seorang hamba boleh istirahat?”
Beliau menjawab, “Ketika kakinya menjejak syurga.”
Allah menciptakan manusia dengan segala kekurangan dan kelebihan.
Dengan ketidaksempurnaannya itu, manusia memang wajar melakukan alpa
dan kesalahan. Allah tidak mungkin membebani seseorang di luar kadar
dan batas kemampuannya yang tidak sempurna itu. Setiap orang pasti
akan merasa lemah dan lelah ketika ia telah melakukan banyak
aktiviti. Setiap orang pasti akan merasa sakit manakala dizalimi.
Setiap orang pasti merasa kecewa, resah dan gundah bila mengalami
keadaan yang tidak sesuai dengan harapannya. Setiap orang pasti merasa
khuatir dan takut terhadap bahaya yang akan mengancamnya. Begitulah
seterusnya.
Dr. Muhammad bin Hasan bin Aqil ketika membahaskan jatuh dan lemahnya
seseorang, memasukkan huraian di atas sebagai sebab yang tidak
mungkin hilang dari manusia. Sebagaimana sahabat Rasulullah dahulu
merasa tertekan, kecewa, sakit, ketika menghadapi tekanan orang-orang
kafir Quraisy di Makkah. Sebagaimana Khabbab bin Art terseok-seok di
hadapan Rasulullah saw dan memohon kepadanya untuk berdo’a kepada
Allah, agar Allah segera menurunkan pertolongan-Nya. Bahkan
sebagaimana Rasulullah melaporkan ketidakberdayaan di hadapan Allah
saat menghadapi pasukan kafir dalam perang Badar. Allah takkan
membebani seseorang melebihi kadar kemampuannya, dan kerananya Allah
memaafkan keadaan-keadaan tersebut.

Tapi Saudaraku,
Tingkat kelemahan, lelahan, kesakitan, kekecewaan, keresahan,
kekuatiran, dan ketakutan orang itu berbeza-beza. Ada yang masih
berada dalam pagar toleransi, ada pula yang melewati batas yang
wajar. Hanya keimanan yang membedakannya. Suatu ujian yang sama berat
kesulitannya, bila dihadapi oleh dua orang yang berbeza, maka reaksi
kedua orang itupun akan berbeza. Kurang lebih seperti itu kesimpulan
yang dipaparkan Muhammad Ghazali rahimahullah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails