Isnin, 31 Mei 2010

menanti...MEREKA juga sama..


Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Wbt..

Kembali bertandang kali ini, setelah sekian lama tidak mengirimkan bingkisan..
Emm, entah kenapa, penyakit malas 2 kian parah sekarang..ish3, zihan2...bangkitlah syg..
tak patut berterusan macam ni..dah macam zombie dah tau tak..
yuk, lawan, aja2 fighting!!

hurmm, sekarang, semua student ipg tengah duk hitung hari..
hari demi hari...bosannya dah membuak-buak..terasa dah meloyakan..
dengan bilik bak tongkang pecah, mengemas tapi tak siap2, tak sudah2...
ish3 lg skali ye~~ huuuu


4HB JUN 2010,
tarikh keramat yang kita nantikan untuk balik..
~~menanti dan terus menanti~~
saat boleh jumpa mak ayah serta keluarga tersayang yang amat dirindui..
ye lah, nasib dagang pak malau dagang merempat macam ni lah kan..
tapi alhamdulillah lah, harapnya sepanjang tempoh perantauan ni
diisi sebaik mungkin oleh kita sebagai musafir ilmu..
insyaALLAH, amin ^^

dalam fikiran dan bayangan, wajah mereka dah berlengar2..
suara mereka dah bergema2, menggamit kita supaya bersama2...
dengan gurau senda..gaduh2 manja, pengikat mesra...
pasti merindui dan amat menanti semua tu...
tak kurang juga dengan rasa "mengidam" nak makan itu ini mengalahkan,
bahkan lebih dahsyat dari keinginan ibu2 yang sedang pregnant..huhu..
insyaALLAH, panjang, jodoh pertemuan..sempatlah tu zihan..amin
~~sabar ye dan teruslah bersabar~~
huk3..masakan mak tak kan pernah sama dengan yang lain...tak gitu..?
huk3..RINDUNYA...............................

sebut tentang menanti ni...
emm, teringat pulak masa tengok berita hari tu..
tentang PENANTIAN yang lebih penting dari ni..
PENANTIAN RAKYAT GAZA UNTUK MISI BANTUAN SAMPAI..
yang entah bila akan sampai, atau lebih teruk, SEMPAT sampai kepada mereka atau tidak..
dengan kekejaman israel laknatullah 2, sentiasa menyekat misi bantuan,
pastinya menyukarkan keadaan..

BERITA TERBARU,
kapal konvoi menghantar bantuan tu di serang pagi tadi..
16 orang aktivis kemanusiaan juga turut dilaporkan meninggal dunia,
termasuklah wakil dari Malaysia..
Naudzubillah, moga tak terulang lagi~~
dan moga kalian2 semua yang sudah "pergi", menerima ganjaran syahid di sisi ILAHI,
amin (-_-)

***

KUALA LUMPUR, 31 Mei: Sekurang-kurangnya 20 orang telah meninggal dunia dalam serangan ganas tentera zionis Yahudi dan masih ada kemungkinan akan terus bertambah serta lebih daripada 50 orang lainnya mengalami kecederaan, lapor laman web Haluan Palestin.

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menyatakan hari berkabung selama tiga hari di seluruh wilayah Palestin sebagai penghormatan terhadap para korban serangan kejam Israel ke atas konvoi Freedom Flotilla yang membawa bantuan kemanusiaan untuk Gaza.

Perdana Menteri Palestin daripada Hamas, Ismail Haniyah juga mendeklarasikan aksi mogok beramai-ramai sebagai tanda berkabung untuk para korban dan tercedera akibat serangan Israel yang terjadi hari ini terhadap para aktivis kemanusiaan.

Di antaranya adalah Syeikh Raed Salah, ketua Gerakan Islam di Palestin, yang mengalami luka serius akibat serangan tentera Zionis ke atas kapal-kapal Freedom Flotilla.

Ismail Haniyah juga berkata dalam kenyataannya kepada media bahawa mereka yang bersama konvoi bantuan Gaza sebagai pahlawan bangsa Palestin, dan Hamas mendesak para pemimpin Arab untuk mengambil langkah-langkah praktikal untuk mengakhiri pengepungan Gaza.

“Pemerintah Palestin di Gaza menghormati usaha konvoi armada freedom flotilla untuk memecahkan pengepungan terhadap Gaza,” kata Ismail lagi.

“Kami menganggap semua yang terkorban dan tercedera dalam serangan tersebut sebagai syuhada Palestin, syahid atas usaha mereka merobohkan pengepungan terhadap Gaza,” tambahnya.

(12.30 tengah hari waktu Malaysia) – Israel dilaporkan telah merampas kapal-kapal konvoi Freedom Flotilla. Dilaporkan jumlah kematian meningkat kepada 16 orang dan lebih dari 30 orang cedera ketika pasukan Israel menyerang kapal-kapal Freedom Flotilla pada pagi ini, menurut laporan dari Radio Tentera Darat Israel.

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/2-8apr/israellaknatullah.jpgLaman web Haluan Palestin melaporkan, konvoi kemanusiaan itu diserang ketika menghampiri 65 km dari pantai Gaza. Mereka juga berkata kapal-kapal itu sekarang sedang ditarik ke bandar Haifa Israel, bukan ke Asdod untuk mengelakkan wartawan menunggu di sana.

Wartawan Al Jazeera, Elshayyal Jamal yang berada dalam kapal Mavi Marmara, mengatakan bahawa tentera Israel telah menggunakan peluru hidup ketika mereka memasuki dan merampas kapal.

Menurut wartawan Ayman Mohyeldin dari Al Jazeera yang melaporkan dari Baitulmuqaddis, berkata tindakan Israel itu mengejutkan.

“Semua gambar yang dipaparkan dari para aktivis di kapal-kapal menunjukkan dengan jelas bahawa mereka adalah warga awam dan bertujuan membawa misi kemanusiaan dengan bekalan perubatan di atas kapal. Tindakan Israel ini pasti akan mengejutkan masyarakat antarabangsa atas apa yang telah mereka lakukan,” katanya.

Ketika ini, ribuan masyarakat Turki mengadakan demonstrasi aman di hadapan kedutaan Israel.

Untuk makluman, seramai lapan orang wakil sukarelawan dari Malaysia berada dalam konvoi kemanusiaan tersebut di atas kapal Mavi Marmara yang diketuai oleh Sdr Noorazman Shamsudin dari HALUANPalestin bersama empat orang lagi juga dari HALUANPalestin dan baki dari Yayasan Amal Malaysia, Jamaah Islah Malaysia (JIM) dan Muslim Care.

Pihak Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) Malaysia masih belum menerima sebarang berita akan situasi dan keadaan mereka di sana memandangkan jalur perhubungan dengan pihak kapal telah terputus.

Sementara itu, Sekretariat Pengurusan Krisis-Lifeline4Gaz a (CMT-LL4G) akan mengadakan sidang media tergempar pada hari ini (Isnin, 31 Mei 2010) berhubung perkembangan serangan Israel terhadap Armada Bantuan Kemanusiaan Gaza atau Freedom Flotilla pada jam 3.00 petang bertempat di Hotel De Palma Inn, Seksyen 19, Shah Alam. Semua wakil media dijemput hadir.

Sumber :Harakahdaily.net

***

Nah, lihatlah, tatkala kita semua merindukan keluarga tercinta,

mak ayah yang agak lama tak bersua muka, namun MEREKA??

sudah sekian lama merasai derita itu, meratapi kehilangan mereka semua..

hingga kering sudah airmata, pasrah sudah jiwanya

sarat rindu yang ditanggung tak terluah dimana-mana,

kehilangan yang tak kan lagi dapat jumpa buat kesekian kali meski cuma di maya

merasa sengsara dan merana, tergadai, ternoda segalanya..

saat jika kita teringin makan itu ini, dengan rezeki yang berlimpah ruah,

tapi MEREKA???

masih tetap setia menanti kunjungan itu, MASIH MENANTI jua....,

hingga saat ini walaupun belum pasti tibanya....

yang cuma ada.....

hanya harapan, berbekal doa & tawakkal padaNYA..


p/s : bersyukurlah atas segala nikmat yang diberiNYA..keamanan, kemudahan, kesenangan, kemewahan, bahkan juga sedikit kesusahan mahupun kesukaran yang mungkin kita terpaksa hadapi..kerana kesulitan yang sedikit tercalit itu pasti tidak mengatasi segala NIKMAT KESENANGAN drNYA, segala aturanNYA juga pasti penuh hikmah buat kita walau kadangkala tak terjangkau pemahaman dan pengetahuan kita..yakinlah, InsyaALLAH, amin..sabar tunggu cuti, sabar boleh jumpa mak ayah & kluarga, sabar nak makan masakan mak..sabar..sabar dan teruslah bersabar~~

SESABAR dan SETEGUHNYA MEREKA, menghadapi kesengsaraan hidup demi menegakkan Negara dan DEEN tercinta..agar di sana MEREKA mendapat KESENANGAN & PENGISTIREHATAN (SYURGA) yang kekal abadi selamanya..insyaALLAH, amin..

Ya ALLAH, permudahkan buatku, ibubapa & kelurgaku, permudahkan buat MEREKA, permudahkan buat kami, muslimin, muslimat, mukminin, mukminat, muallimin, muallimat semuanya..seluruh umat islam serata dunia..lindungi kami ya ALLAH, amin ya amin..

Jaga diri, jaga iman, jaga hati selalu..

Sekian,Wassalam..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails