Selasa, 1 Jun 2010

CEMBURU ITU PERLU..?

Bismillahhirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Wbt..

menjawab persoalan,
CEMBURU?!!
PERLU KE CEMBURU2 NI??


huhuhu...insyaALLAH,
bagi saya, segalanya perlu dalam hidup ni..
terutama emosi yang selalunya kita nampak negatif seperti marah, benci, sedih dan sebagainya...
cuma yang perlu di sini adalah menyesuaikannya mengikut keadaan,
ruang serta berbalik kepada KADAR & KEPERLUAN untuk kita berperasaan sebegitu...
bukannya mengikut PERASAAN semata2 ataupun KEMAHUAN diri sahaja..
agar natijahnya adalah untuk KEBAIKAN, bukan KEBURUKAN...
mendatangkan impak POSITIF & bukannya NEGATIF..
insyaALLAH, amin.

CEMBURU...??!!!
antara cemburu yang perlu dalam diri kita adalah :

-CEMBURU pada orang yang sentiasa melakukan kebaikan,
-CEMBURU pada orang yang benci dan meninggalkan kemungkaran,
-CEMBURU pada orang yang tinggi ilmu pengetahuan,duniawi wa ukhrawi,
-CEMBURU pada orang yang selalu jihad melawan bisikan syaitan,
-CEMBURU pada orang yang sentiasa berusaha dan tak kenal putus asa,
-CEMBURU pada orang yang gigih melangkah tanpa mengalah,
-CEMBURU pada orang yang sentiasa beramal memburu syurga
-CEMBURU pada orang yang teguh meletakkan ALLAH, RASUL & ISLAM di hadapan,
meskipun di dunia sering diperlekehkan dan "nampak" ketinggalan.
-CEMBURU, CEMBURU, CEMBURU-
CEMBURULAH KAMU kerana CEMBURU INI PERLU!!!


agar....dengan CEMBURU ni,
kita sentiasa mencuba untuk menjadi orang2 yang dicemburukan tadi..
kuat, tabah, sabar dalam segalanya..
m0ga2 kita ISLAM pada nama, juga pada jiwa..
pada lahiriyah, serta batiniyyah..
supaya..mendapat kebaikan ketika di dunia, juga ketika DI SANA..
amin, amin, amin, ya ALLAH~~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Lain_laiN

Related Posts with Thumbnails